Photobucket

Thursday, October 4, 2012

Polis lepaskan Tembakan di Pub

Kejadian yang berlaku ini terjadi dikuching! Semoga menjadi iktibar kepada warga Pdrm supaya mematuhi pengunaan senjatapi yang telah ditetapkan!

KUCHING: Seorang anggota polis yang berlagak samseng dengan melepaskan tiga das tembakan di sebuah pusat hiburan kerana berang permintaannya tidak dipenuhi awal pagi semalam telah ditahan.
Pesuruhjaya Polis Negeri Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pihaknya amat memandang serius perkara tersebut dan akan mangambil tindakan tegas terhadap anggota terbabit.
“Tindakan undang-undang yang paling tegas akan diambil terhadap anggota berkenaan di mana kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 37 Akta Senjata Api 1960 dan ugutan jenayah.
“Pihak polis memandang serius perkara ini dan tidak akan bertolak ansur bagi memastikan setiap pegawai dan anggota polis mematuhi undang-undang di negara ini,” tegas Acryl.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai insiden tersebut semalam.
Acryl turut memberitahu anggota polis tersebut yang bertugas di Cawangan Tugas Am Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sri Aman dipercayai mabuk semasa insiden tersebut dan diarahkan untuk menjalani ujian urin serta ujian darah.
“Anggota berkenaan yang dipercayai mabuk telah ditangkap serta-merta dan diambil ujian urin dan ujian darah.
“Selain itu, pistol jenis Automatik Walther P9S 9mm yang digunakan oleh anggota terbabit semasa insiden tersebut juga dirampas,” katanya.
Beliau menambah, suspek yang baharu selesai tugas ope-rasi di Serian seharusnya memulangkan pistol tersebut selepas bertugas dan tidak sepatutnya membawanya bersama.
Bercakap mengenai insiden tersebut, Acryl memberitahu anggota polis berkenaan yang berusia 21 tahun pada mulanya telah mengunjungi sebuah kelab malam di kawasan hiburan Travilion, Padungan bersama dua rakannya.
Bagaimanapun, suspek di-katakan tiba-tiba marah selepas seorang daripada pekerja di kelab malam berkenaan tidak dapat memenuhi permintaannya dan telah melepaskan satu das tembakan di hadapan kaunter kelab tersebut sekitar jam 3 pagi.
“Akibat itu, seorang pekerja di kelab malam telah terkena serpihan peluru di lehernya manakala anggota tersebut yang masih tidak berpuas hati kemudian sekali lagi melepas-kan dua das tembakan ke udara semasa berada di luar kelab malam itu,” jelas Acryl.
Sepasukan polis dari IPD Kuching tiba di tempat kejadian untuk menjalankan siasatan dan telah menemui dua kelongsong peluru di luar kelab malam berkenaan.
Anggota polis tersebut yang berasal dari Semenanjung Malaysia kini ditahan reman se-lama empat hari sementara siasatan - utusan borneo
Read more...

Tuesday, October 2, 2012

Ganjaran Berhenti Merokok

Admin ucapkan syabas atas keprihatinan dan usaha oleh pihak poliklinik Lanang, Sibu bagi memberi semangat kepada para perokok tegar supaya berhenti merokok di satu majlis penyerahan sijil ,kepada perokok-perokok yang berjaya menahan "nafsu" bagi tempoh 6 bulan dari terus ketagihan! Semua orang sedia maklum akan bahayanya merokok ini! Admin juga suatu ketika dahulu merupakan seorang perokok tegar ,tapi atas dorongan isteri admin sudah masuk 4 tahun admin berjaya berhentikan tabiat merokok!
Cuba try bagi ganjaran berupa sebuah motorsikal kepada rakyat malaysia jika berjaya berhenti merokok. Sure ramai yang akan menyahut dan tertarik dengan ganjaran tersebut :-)

SIBU: Lapan perokok tegar yang berjaya melepaskan tabiat merokok mereka untuk tempoh enam bulan menerima sijil penghargaan masing-masing.
Satu majlis ringkas telah diadakan bagi menghargai para penerima sijil berkenaan diadakan di Poliklinik Jalan Lanang, di sini.
Mereka adalah antara 23 daripada 184 perokok yang telah berdaftar dengan Poliklinik Lanang dan Poliklinik Jalan Oya di sini untuk berhenti merokok sejak Januari 2011.
Angka ini merupakan satu kadar 12.5 peratus daripada perokok yang telah berjaya berhenti merokok dalam tempoh sekurang-kurangnya enam bulan.
Bercakap pada pelancaran kempen anti-merokok, Pegawai Perubatan Poliklinik Lanang Dr Andrew Edmund John mengingatkan perokok mengenai bahaya merokok.
“Merokok bukan sahaja menjejaskan kesihatan perokok terbabit, malah orang sekeliling mereka terutamanya orang yang disayangi, “ ujar beliau.
Katanya, perokok bukan sahaja membelanja dan menghabiskan wang saku mereka tetapi juga sedikit demi sedikit menghakis wang simpanan mereka.
Menurut Dr Andrew, merokok juga adalah punca wujudnya banyak penyakit pada hari ini justeru beliau mengingatkan perokok supaya berhenti merokok demi kesihatan mereka.
“Kita memuji usaha mereka yang berhenti merokok kerana tabiat tersebut bukanlah sesuatu yang mudah dilakukan,” katanya- utusan borneo


Read more...

Hilang RM3000 Selepas Tiduri Gadis!

Tergelak admin bila baca surat khabar utusan borneo edisi sarawak bilamana seorang lelaki yang kehilangan duit sebanyak rm3000 selepas meniduri seorang gadis "call girl"....hmmm anggap aje la bayaran servis untuk gadis tu la ye!

SIBU: Seorang lelaki kehilangan wang tunai RM3,000 selepas meniduri seorang gadis ‘call girl’ di sebuah bilik hotel murah di sini malam kelmarin.
Difahamkan, lelaki berusia 29 tahun dan berasal dari Kampung Kabuaw, Igan itu bekerja sebagai pemandu jengkaut di sebuah kem pembalakan di Pulau Solomon, berada di bandar ini untuk menguruskan sesuatu di pejabat ejen majikannya di Jalan Tuanku Osman pada pagi itu.
Lelaki tersebut kemudiannya berjumpa dengan lima orang rakannya dan bercadang untuk pergi berhibur di sebuah pusat hiburan pada jam 5.00 petang.
Bagaimanapun selepas meninggalkan pusat hiburan tersebut, mangsa dan rakan-rakannya yang lain telah berpisah.
Menurut mangsa dia kemudiannya pergi ke sebuah hotel murah kira-kira jam 9.00 malam dan meminta seorang pekerja hotel di situ mencarikannya seorang gadis ‘call girl’ untuk bermalam bersamanya.
Menurut pengadu, dia telah memberikan sebanyak RM300 kepada penjaga kaunter tersebut dan RM45 untuk membayar sewa bilik hotel.
Difahamkan seorang gadis berbaju warna merah jambu dan memakai skirt pendek muncul di depan pintu bilik yang telah ditempahnya pada jam 9.30 malam kelmarin.
Selepas gadis itu masuk ke bilik, dia (gadis) memberitahu mangsa bahawa dia sangat dahaga dan mahu keluar sekejap untuk membeli air minuman.
Gadis itu keluar untuk membeli air minuman selepas mangsa memberi RM10 kepadanya.
Apabila mangsa menjenguk dari jendela, dia sempat melihat gadis itu sedang berbual-bual dengan empat orang lelaki yang tidak dikenali.
Setelah membeli air, gadis itu balik ke bilik hotel dan memberitahu mangsa bahawa dia akan pulang pada jam 6.00 pagi itu.
Mangsa memberitahu dia hanya terbangun selepas jam 6.00 pagi dan mendapati beg sandangnya yang mengandungi kad pengenalan, kad ATM dan buku pasport sudah hilang.
Dia percaya beg sandangnya telah dilarikan oleh gadis yang memunyai tanda lahir di bahagian kiri mukanya-utusan borneo



Read more...

Sunday, September 30, 2012

Miding, Sayur Paling Popular di Sarawak

Bagi yang pernah ke negeri sarawak, admin percaya tentu sekali anda pernah dihidangkan dengan sajian makanan sayur miding. Jika belum, disarankan anda mencuba masakan ini, sangat menyelerakan !Rasanya yang ranggup,sesuai dimasak dengan belacan dan paling menyelerakan jika dihidangkan terus selepas dimasak, sebab itu orang disarawak panggil "miding belacan".
Sayur miding ini hanya senang didapati dengan mudahnya di negeri sarawak.
Nama saintifik bagi sayur miding ini adalah Stenochlaena palustris . Merupakan sayuran yang tumbuh meliar di tanah dataran rendah dalam hutan sekunder dan tempat terbuka seperti kebun getah serta gemar menumpang di pokok lain. Biasa didapati di kawasan paya gambut dan air tawar serta hutan belukar.
Pengambilan sayur midin sebagai makanan dijamin selamat dan mengandungi pelbagai khasiat dengan setiap 100 gram pucuk muda mengandungi 4.8 mg zat besi, selain mengandungi vitamin A (beta karotene) yang penting bagi menguatkan penglihatan dan mencegah rabun malam.
Selain itu, sayur miding ini kaya dengan mineral terutama fosforus dan kalium. Perubatan secara tradisional percaya pucuk miding mampu mengubati masalah kesihatan seperti penyakit ciri birit dan daunnya yang direbus baik dimakan sebagai ulam.

Read more...

Hukum infinity downline@ login FB dapat $$$

Infinity down line atau orang cakap, login fb dapat RM100/- Admin sendiri akui dilaman fb admin sering kali terpapar, rakan-rakan yang mempromosi "perniagaan" ini! Kadang kala post ini sangat merimas dan memeningkan kapla admin kerana post-post ini terlalu banyak! Kalau nak di blocked takut member terkecil hati! Admin perhatikan majoriti yang terlibat didalam hal ini adalah orang islam sendiri! Tapi adakah mereka tahu apakah hukum "perniagaan" ini? Admin bukan lah pandai dan bijak dari segi bab-bab agama ini, tapi sekadar berkongsi pandangan dan pendapat sahaja admin postkan hukum bermain "perniagaan" ini yang admin baca dari blog ustaz dr.zaharauddin.net. Sama-sama kita hayati dan fahami ulasan dan hujah-hujah beliau!


Ustaz dr. Zaharuddin:
Beberapa perkara perlu dikaji dalam hal ini dan saya akan nyatakan secara ringkas findings dan pandangan saya. Oleh kerana skim ini menawarkan sesuatu yang agak mudah, maka tidak sukar untuk memahaminya. Secara ringkas dan padat adalah seperti berikut:-

1. Latar belakang syarikat dan web

Menyemak website utama Infinity Downline (selepas ini digunakan singkatan ID) melalui ‘whois', seorang pengkaji persendirian mendapati, web ini tidak menyertakan info yang mencukupi tentang pemiliknya. Berikut adalah hasil kajiannya.

Domain "Whois"
The Whois information for a website lists the owner and their contact information. The owner of "Infinity Downline" has purposely made their Whois information private. While not always a bad thing, this could mean they have something to hide. (rujuk http://www.imreportcard.com/biz-opps/infinity-downline)

Meneliti web utama ID juga menunjukkan kita tidak mempunyai sebarang akses kepada nama pencipta dan pengurusan penuh syarikat ID, malah sebarang komunikasi juga hanya melalui kotak khas soalan yang disediakan. Ini jelas ciri sebuah skim cepat kaya yang sentiasa berjaga-jaga dari mendedahkan identiti kepada pihak berkuasa.

Penilaian saya: Ia jelas satu unsur gharar yang menjadikan skim ini haram pada pandangan Islam. Manakan tidak, sekiranya web tersebut ditiadakan, semua sistem yang digunapakai oleh ahli dalam menyemak bayaran dan lain-lainnya turut hilang. Justeru mendedahkan diri kepada situasi perniagaan sedemikian adalah ditegah di dalam Islam.

Bagi pihak yang mempertikaian hujjah ini, sedarilah hujjah utama saya bukan isu pada kredibiliti whois atau selainnya tetapi adalah web infitintydownline.com sendiri yang tidak mempunyai sebarang pengenalan syarikat yang mencukupi. Semuanya syarikat 'sampah' yang bersedia menghilangkan diri apabila sampai waktu.

Jika sesiapa merasakan kesimpulan saya dalam hal keraguan latarbelakang syarikat itu salah, saya amat hargai jika anda dapat memberikan nama pengurusan lengkap dan nombor lesen syarikat di Malaysia dan USA serta pejabat dan nombor telefon land line yang valid untuk dihubungi serta (bukan seperti maklumat contact yang ada pada web tersebut, yang mana kita perlu meninggalkan info untuk dihubungi mereka). Selain itu, jangan lupa berikan link dan bukti bahawa info yang diberi itu sahih dan berdaftar dengan pihak berkuasa di negara terbabit. Tanpa semua itu, whois atau tidak tidak penting, yang penting semua info tadi TIDAK WUJUD!. Itu point utama saya, jika ingin berhujjah, sila matikan hujjah saya yang pokok bukan yang ranting.



2. Asal dan perkembangan syarikat

Memang benar, kelihatan sistem ini berasal dari USA. Statistic www.alexa.com juga menunjukkan peratusan teramai pelawat ke web ID datangnya dari USA, diikuti dengan negara yang dipenuhi oleh pecinta skim cepat kaya iaitu Malaysia.

Justeru dengan fakta ini, jelas skim ini memang sedang mendapat tempat di kalangan ramai di seluruh dunia, sehingga jika dicari berkenaannya di google dan yahoo, majoritinya memuja memuji system ini sebagai sistem termudah mendapatkan duit.

Penilaian saya : Tahap tersebar skim ini di seluruh dunia menunjukkan tanda positif tetapi ia sama sekali tidak menunjukkan bahawa ia halal di sisi Islam. Skim cepat kaya Bernard Mardoff yang bernilai USD 5 billion lebih kelihatan reliable, tetapi ia tetap scam dan sebuah skim cepat kaya apabila ia tidak berniaga barangan sebenar dan hanya memusing-musingkan kentungan dari orang bawah yang baru masuk kepada orang atas sistem piramidnya.

Justeru, pertumbuhan skim ini tidak memberi sebarang impak positif kepada penilaian hukum. Namun ia juga tidak memberikan impak negatif kepadanya. Oleh itu, penilaian hukum terletak kepada aspek-aspek lain dan perkembangannya di seluruh dunia dan disertai ramai TIDAK SAMA SEKALI boleh membuktikan ia adalah sebuah system yang halal di sudut hukum Islam, dan tidak juga mampu membuktikan ia legitimate di sisi undang-undang.

3. Produk yang dijual

Sebagaimana dimaklumkan di web mereka, produknya adalah berupa ratusan e-book, audio dan video training untuk belajar menggunakan software tertentu seperti vista, microsoft, excel dan lain-lain. Berikut senarainya audio :

Outsourcers Bible
Easy Niche Riches
Profitable Web Site
Finding a Lawyer
Cyber Law
Grant Writing
Guerilla Marketing Tactics
Business Card Marketing Tactics
All About Acne
Patent Pending
Bedroom To Boardroom
Profit From Public Domain Data
Internet Finacing
Mentor Fortunes
Investing In You
Time Management
Marketing Moms
Wealth Building Secrets
Virtual Plastic
Article Marketing
Hiring and Retaining Good Employees
Life After Stroke Male Part
Life After Stroke Female
Leveraging Public Data
Home Seller Power Tips
Website Supernova Audio
You and Your Tattoo
Convert Docs To PDF
Blogging Your Way To Business Success
Internet Marketing Mindset
Viral Marketing
Social Bookmarking Secrets
SEO Cash Cow
Change Your Mind
eBay Marketing
How To Promote
Membership Site Call
Mastermind Recordings Marshall
Mastermind Recordings Marc Goldman
Mastermind Recordings Kacper
Mastermind Recordings Gislason
Instant Bestseller
Profitable Forex Trading
Extreme Persuassion Strategie
Customer Tested Buying Triggers
Explosive Influence Tactics
Clever Profit Generating Insights
Blockbuster Cash Secrets
Covert Product Selling Principles
Breakthrough Sales Solutions
Amazing Advertising Tips
Boot Camp
Million Dollar Copy
Internet Made Easy
How To Buy Into Success
Portal Profits
Business Metamorphosis
Getting Away From The Hype
IT for Small and Home Based Businesses
Skip The Mistakes To Success
Easy Money Interviews
Big Seminar Interview Atlanta 2004 Stephen Pierce
Big Seminar Interview Atlanta 2004 Shawn Casey
Big Seminar Interview Atlanta 2004 Mike Stewart
Big Seminar Interview Atlanta 2004 Mike Litman
Big Seminar Interview Atlanta 2004 Linda Forsythe
Big Seminar Interview Atlanta 2004 John Childers
Big Seminar Interview Atlanta 2004 Joe Polish
Big Seminar Interview Atlanta 2004 JJ Childers
Big Seminar Interview Atlanta 2004 Atlanta 2005 Harv Ekers
Big Seminar Interview Atlanta 2004 Armand Morin
Big Seminar Interview Atlanta 2004 Alex Mandossian


Beikurt pula senarai videonya :-

Affiliate Marketing 101
An introduction To Affiliate marketing 10 min 06 sec
Affiliate Networks & Product Selection 22 min 30 sec
Creating Your Site- continued 19 min 49 sec
Marketing Your Site 19 min 36 sec
More About Marketing & Closing Thoughts 9 min 21 sec


Camtasia Training Series
Introduction To Camtasia 7 min 23 sec
Producing Your Camtasia Video 19 min 25 sec
Recording And Editing Your Camtasia Video 7 min 56 sec
More About Editing Part 1 7 min 00 sec
More About Editing Part 2 7 min 47 sec
Creating a Camtasia Theater Project 8 min 03 sec


Drupal Training Series
How To Install Drupal 11 min 30 sec
Setting Up Drupal 12 min 42 sec
Site Building Options 20 min 27 sec
Adding Content & Managing Site Navigation 13 min 50 sec
Organizing Content 25 min 20 sec
Even More Setup 18 min 03 sec
Adding Modules For Improved Functionality 24 min 52 sec
Setting Meta Tags 13 min 51 sec

Exit Traffic Negotiator Installation
Install, Setup & Use Exit Traffic Negotiator On Your Web Page 16 min 46 bsec

Firefox 2 Training Series
Firefox Installing Firefox 5 min 3o sec
Firefox Blue Ice 5 min 10 sec
Firefox Bookmarks Manager 4 min 46 sec
Firefox Browsing History 7 min 41 sec
Firefox Clear Private Data 4 min 59 sec
Firefox Browsing History 7 min 41 sec
Firefox Download Manager 7 min 33 sec
Firefox Error Console 4 min 00 sec

download files 12 min 13
info bar 11 min 42
Karen's Cookie Viewer 7 min 28
keep updated 13 min 23
manage addons 7 min 10
phishing filter 11 min 17
pop up blocker 13 min 29
secure transactions 7 min 23
security overview 10 min 06
security zones 11 min 17
software explorer 13 min 41
spysweeper introduction 6 min 36
spyware malware 8 min 23
stop script errors 2 min 06
temporary internet folder 10 min 36
understanding certificates 18 min 31
windows defender introduction 11 min 05


Joomla Training Series
Installation 18 min 00 sec
Setup Joomla Site 17 min 49 sec
More Setup Options 24 min 28 sec
Create The Site 15 min 23 sec
Setup The Site 23 min 25 sec
Setup Contnued 13 min 22 sec
Inside The Site 18 min 46 sec


Microsoft Access Training Series
Access ACCDE Databases 1 min 52 sec
Access Email Updates 3 min 59 sec
Access File Format 1 min 45 sec
Access Layout View 2 min 32 sec
Access Navigation Pane 2 min 41 sec
Access New UI 5 min 10 sec
Access Password Security 2 min 43 sec
Access Navigation Pane 2 min 41 sec
Access Access Prebuilt Solutions 4 min 03 sec
Access Report Design 2 min 15 sec
Access View Toolbar 2 min 27 sec


Microsoft Excel Training Series
Excel Cell Types 3 min 20 sec
Excel Charting 4 min 18 sec
Excel Conditional Formating 4 min 44 sec
Excel Headers Footers 2 min 03 sec
Excel New File Format 8 min 51 sec
Excel New Interface 8 min 01 sec
Excel Pivot Tables 6 min 20 sec
Excel Shapes WordArt 3 min 09 sec
Excel Templates 3 min 44 sec
Excel Themes 3 min 20 sec


Microsoft Office Training Series
MSOffice versions 4 min 41 sec
MSOffice Upgrading From A Previous Version 6 min 14 sec


Begitulah beberapa petikan produknya yang boleh diperolehi dengan hanya USD25 atau RM 100. Sekali pandang ia kelihatan cukup baik, namun apabila diteliti tajuk-tajuk tertentu dalam senarai audio, ia jelas agak banyak tajuk yang dijual berkait hal yang dilarang di dalam Islam, malah majoritinya tidak dapat dipastikan kandungannya sama ada halal atau haram seperti tajuk "forex trading"-

Forex trading terlalu banyak bercampur aduk dengan yang haram, manakala tajuk tatoo, bedroom, bible etc secara tidak langsung memberi kekeliruan terhadap kandungannya, walaupun telah dimaklumkan bahawa isinya berlainan, ia tetap membawa syubhat yang besar sama ada pada tajuk itu sendiri atau teknik-teknik perniagaan di dalamnya yang tidak sama sekali mengambil kira displin perniagaan Islam. Tambahan pula kebanyakan tajuknya TIDAK MENARIK lagi TIDAK DIPERLUKAN oleh majoriti peserta.
Namun begitu, itu bukanlah isu utama masalahnya dalam hujjah ini. Hujjah utamanya adalah produk ini hanyalah sebagai alat untuk mengabui mata pihak berkuasa dan peserta, kononnya mereka menjual produk, sedangkan produk yang dijual tidak mempunyai sebarang kualiti khas, malah semua kaedah dan tatacara pengunaan itu boleh dengan mudah diperolehi secara percuma di internet. Justeru itu, produk seperti ini jelas adalah satu produk tanpa nilai seperti 'sampah' yang dihias bagi mencantikkan gambaran skim sahaja.
Selain itu, semua produk yang dibeli orang peserta TIDAK boleh diketahui isinya dengan jelas ( khususnya bagi tajuk-tajuk yang terlalu umum dan tidak direct to the content) kecuali setelah menyertainya. Ketika itu unsur gharar sekali lagi muncul dalam skim ini. Walaupun unsur ini semata tidak cukup kuat untuk menjatuhkan skim ini kepada HARAM, namun gabungannya dengan pelbagai isu dan masalah lain yang disebut dalam artikel ini, menyebabkan ia jatuh dalam sebuah skim perjudian dan juga riba.

Saya juga yakin majoriti yang memasuki system ini TIDAK SAMA SEKALI inginkan produk itu, malah tidak memanfaatkan produk yang diperolehi itu. Malah mereka hanya baru ingin mengetahui dan membuka isi produk yang mereka miliki setelah artikel ini mensasarkan masalah pada produk. Sebenarnya apa yang diingini adalah system reverse 2 up yang diwarwarkan membolehkan peserta memperolehi modal USD 25 dengan hanya seorang dowline, selanjutnya selaku upline mereka akan memperolehi komisyen yang merupakan keuntungan demi keuntungan.

Meneliti promosi-promosi dari ahli-ahli ID, amat jelas memperlihatkan niat dan kecenderungan mereka adalah untuk bergiat dalam system money game dan bukannya berusaha mempromosikan produk-produk tanpa kualiti mereka. Ini jelas apabila sistem komisyen lebih diutamakan dalam promosi berbanding produk. Produk-produk mereka tiada kualiti khusus kerana hampir kesemua tajuk pada produk itu boleh didapati secara percuma sama ada dari youtube, google search dan sebagainya.


SAMPAHKAH PRODUKNYA?

Ada yang bertanya dan berhujjah bahawa produk itu walaupun kelihatan tidak berguna dan mudah diperolehi secara percuma. Namun seperti tayar buruk, ia mungkin tidak berguna bagi sesetengah orang namun ia berguna bagi sesetengah yang lain, lalu adakah wajar saya mengelarkan sebagai ‘sampah' atau tidak.
Untuk memahami guna atau tidak gunanya sesebuah produk, fahamkan kaedah fiqhiyah ini " al-Ibratu lil Ghalib as-Sya'i La Lin Nadir" (Ertinya : Pengajaran dan pengiktibaran dalam sandaran sesebuah hukum adalah apa yang diamal atau ditanggap oleh majoriti bukan bagi tanggapan terpencil)

Kes 'sampah' yang saya sebutkan membawa dua maksud iaitu sama ada :-
1) Produk itu memang tidak ada nilai dan kualiti yang khusus, untuk dijual beli sehingga bertingkat-tingkat dan melibatkan beribu-beribu orang manusia membeli dan menjualkan berulang kali. Hanya sekadar ia sebuah kompilasi tidak cukup menjadikan ia sebegitu digilai oleh ramai orang. Hakikatnya, sistemnya yang digilai bukan produknya.
2) Produk itu tidak sekalipun akan digunakan oleh peserta (iaitu berdasarkan tinjauan majoriti dan promosi ahli-ahli mereka), ia dikendalikan seperti 'sampah' (yang tidak terpakai dan tidak digunakan), ia sekadar mencukupkan syarat untuk menyertai sistem money game, piramid yang haram kerana judi, gharar dan riba. Atas dasar itu MEMANG PRODUK itu bernilai sampah, adakala berguna tetapi tidak utama, atau dilayan oleh peserta seperti sampah yang tidak utama dalam pergerakan dan promosi mereka.


4. Plan pembayaran komisyen ( compensation plan)

Perkara pertama yang perlu difahami, apabila sesuatu sistem atau skim upahnya tidak disandarkan kepada nilai jualan barangan atau produk, ia adalah tanda awal ia merupakan sistem piramid, head hunting atau money game.

Seperti yang disebut di atas, skim ini menggunakan system reverse 2 up. Sedikit penerangannya boleh dilihat dalam video yang disertakan ini .




REVERSE TWO UP SYSTEM

Yang difahami darinya :

· Dengan modal : RM100 ( 25 USD)

· Setiap tajaan ahli 1 dan 3 (POWERLINE) kecuali kaki ke-2 dan ke-4 akan diperolehi oleh upline ( iaitu RM100 terus ke akaun upline)

· Bermakna, setiap kaki 2 dan 4 dari POWERLINE, RM100 setiap seorang akan terus dimasukkan ke dalam akaun

· Perkara ini berlanjutan hingga infiniti (melintang dan menegak)

CONTOH ; Seseorang menaja 4 orang A,B,C,D, maka (B) DGN (D) BERI KE UPLINE. Manakala (A) DAN (D) SEHINGGA Z (atau berapa sekalipun peserta yang punya..hanya 2 sahaja diberi kepada upline..dan 2 tadi akan melahir kan 4 untuk layak berniaga.

Sekiranya seseorang itu menaja atau mencari 10 orang ahli (=mangsa) ( ini diambil dari facebook ID , jika salah mereka yang salah)

Level 1 - 10 Rakan Niaga = 100% * RM90 * 10 = RM900
Level 2 - 100 Rakan Niaga = 100% * RM90 * 100 = RM900
Level 3 - 1000 Rakan Niaga = 100% * RM90 * 1000 = RM90,00
Level 4 - 10000 Rakan Niaga = 100% * RM90 * 10000 = RM900,000
Level 5 - 100000 Rakan Niaga = 100% * RM90 * 100000 = RM81,000,000

Itulah angan-angan peserta skim mat jenin, seolah begitu mudah untuk mencapai level 5. Atau berikut cara kiraan lebih detail yang disiar di web infinity downline sendiri



Let's say that everyone only gets 4 people their first week and duplicates...

Week 1
You get your 4, you pass 2 of them upline.
You keep 2. So 2 X $25 = $50

Week 2
Your 2 get their 4.
Of course 2 each are passed up to you for a total of 4.
So 4 X $25 = $100
*Add to that the people from the prior week rolling to this week

Week 3
Your 4 get their 4.
Of course 2 each are passed up to you for a total of 8.
So 8 X $25 = $200
*Add to that the people from the prior week rolling to this week

Week 4
Your 8 get their 4.
Of course 2 each are passed up to you for a total of 16.
So 16 X $25 = $400
*Add to that the people from the prior week rolling to this week

Week 5
Your 16 get their 4.
Of course 2 each are passed up to you for a total of 32.
So 32 X $25 = $800
*Add to that the people from the prior week rolling to this week

Week 6
Your 32 get their 4.
Of course 2 each are passed up to you for a total of 64.
So 64 X $25 = $1600
*Add to that the people from the prior week rolling to this week

Let's skip to week 10...

Week 10
Your 512 get their 4.
Of course 2 each are passed up to you for a total of 1024.
So 1024 X $25 = $25,600
*Add to that the people from the prior week rolling to this week

Dalam web mereka sendiri, sama sekali tidak menceritakan kelebihan produk yang dimiliki. Tarikan bukan pada produk tapi pada kiraan komisyen di atas. Sebagaimana yang telah saya sebut dalam artikel MLM yang terdahulu, apabila yuran keahlian dijadikan sandaran komisyen dan segala komisyen itu juga bukan sebuah keuntungan hasil kontrak jual beli produk yang unik dengan kualitinya. Ia jelas sebuah system yang diharamkan di sisi Islam.

YURAN SETIAP BULAN

Ini adalah petikan dari kempen sana sini upline ID (rujuk facebook mereka) :

Kita akan terus-menerus dapat setiap bulan selagi downline maintain bayar USD25 tiap-tiap bulan. Paling best 100% bila anda menaja 1orang SYARIKAT TIDAK AMBIL APA-APA best program affiliate -INFINITY DOWNLINE ni.


Ini jelas satu lagi unsur haram, modal yang diwarwarkan sebenarnya bukan lagi USD 25 seumur hidup, rupanya adalah USD 25 sebulan!. Sedangkan produk yang telkah dibeli dahulu pun tidak gunakan, apatah lagi produk bulan depan yang belum pasti akan diupdate oleh syarikat atau tidak. Jika syarikat belum mengemaskinikan produknya, malah tidak disebut secara jelas, manakah produk baru pada tiap-tiap awal bulan, maka atas apakah bayaran USD 25 itu dibuat? Sekadar untuk memastikan upline layak mendapat komisyen orang downline?. Jika itulah senarionya, ia JELAS Riba malah juga mempunyai unsur perjudian.

Perjudian semakin jelas apabila, kegagalan ahli maintain USD 25 setiap bulan akan menyebabkan dirinya terkeluar dari kaki dan tidak lagi layak menerima komisyen orang bawah, kini dirinya dianggap orang baru di bawah sistem kaki tersebut setelah pendaftaran dan pembayaran semula dibuat.

Penilaian saya:

Menurut pandangan saya, sistem komisyen dalam skim ID ini jatuh dalam bentuk riba. Ini adalah kerana apabila produk tidak lagi menjadi ukuran dan fokus, bayaran yuran yang diberikan hanyalah sebagai jalan untuk meraih wang tunai yang lebih banyak pada masa hadapan melalui system ini. Hal ini dijalankan melalui system system reverse 2 up.

Ia merupakan satu bentuk Riba Nasiah dan juga Riba Al-Fadl. Hal yang sama juga hukumnya bagi perusahaan mana-mana skim MLM atau affiliate yang tidak mempunyai produk bersungguh dan berkualiti, sebaliknya produk miliknya seperti ruangan laman web yang tidak berfaedah buat kebanyakkan orang, ebook , video, audio yang tidak relevan kepada pengguna khussunya yang tidak mahir bahasa Inggeris (bagi kes ID semua produk sampahnya di dalam bahasa Inggeris), atau apa jua produk yang hanya dijadikan sebagai alasan pembelian.

Ini jelas, pada hakikatnya, ahli bukannya ingin membeli produk itu, tetapi untuk menyertai rangkaian serta memperolehi wang darinya. Ia juga termasuk dalam yang diharamkan. Hal membeli produk tidak benar dengan niat utama memasuki rangkaian dan mendapat untung dari rangkaian ini telah difatwakan haram oleh Majlis Fatwa Al-Lajnah Ad-Daimah Arab Saudi no 15/192-193.

Sebagaimana juga disebut di atas, ia juga mempunyai unsur judi melalui yuran bulanan peserta. Yuran ini mendedahkan peserta kepada dua kemungkinan iaitu RUGI (= kalah), atau terus mendapat komisyen lumayan dari downline ( = Menang judi).

Tidak dinafikan sistem komisyen ini boleh menghasilkan wang dan duit yang banyak kepada upliner khususnya apabila masih belum ramai yang menyertainya, namun itu bukanlah fokus artikel ini ditulis.

Tulisan ini memfokuskan kepada sama ada wang yang boleh diperolehi itu merupakan sumber dan cara yang menepati hukum Syariah atau tidak, dan ternyata ia TIDAK PATUH kepada undang-undang muamalat Islam.



KESIMPULAN AKHIR

1) Latarbelakang syarikat ID diragui dan bermasalah.

2) Produk ID adalah tiruan, tidak punyai nilai sebenar, bercampur intipati yang haram dan tidak diperlukan oleh majority ahli. Ini menjadikan penyertaan ke skim ID adalah kerana inginkan pulangan melalui system reverse 2 up.

3) Akibat produk tidak berkualiti, tidak relevan dan yang dipromosi adalah lebih kepada sistem komisyen, setiap yuran yang dibayar adalah dengan niat dan hasrat untuk mendapat lebih banyak keuntungan tanpa sebarang jual beli sebenar, tatkala itu riba al-Fadl dan An-Nasiah berlaku. Ini adalah kerana komisyen disandar kepada yuran dan bukan jualan produk.

4) Yuran bulanan USD 25 menjatuhkan ia di dalam unsur maysir atau perjudian.

Oleh itu, menurut penelitian saya, umat Islam MESTI DIHARAMKAN dari menyertai system ini. Sebarang promosi dan membiarkan promosinya betapak di web atau facebook anda juga adalah diharamkan di dalam Islam atas asas larangan bantu membantu dalam perkara maksiat dan dosa.

Adalah diharapkan umat Islam khususnya bangkit dari tidur dan mimpi untuk mendapatkan untung tanpa usaha yang setimpal. Dalam Islam setiap keuntungan mestilah bersumber dari penjualan sesuatu aset atau dari usaha sebenar terhadap sesuatu aset, bukan hanya untung atas angin secara goyang kaki atas penyertaan orang ke dalam sesuatu sistem pyramid.

Semoga kita semua diberi pembukaan hati dan minda untuk tidak menyertai, berhenti dan menyedarkan yang lain. Namun sekali terjebak, kegilaan kepada wang, harta serta sistem cepat kaya adalah ibarat arak yang memabukkan, tidak mudah menyedarkan mereka tatkala sedang mabuk, peluang dan ruang untuk yang menasihat dicerca adalah besar, demikianlah tabiat orang mabuk apabila dinasihat. Justeru bersabar kalian dalam menasihati mereka, semoga mereka lekas sedar dan sempat diselamatkan sebelum kemalangan berlaku.

Akhir sekali, tulisan ini bukanlah sebuah fatwa, ia hanya nasihat dan pandangan. Jika ada yang tidak bersetuju dengannya, terpulang kepada saudara dan saudari untuk menolaknya. Tiada sesiapa yang memaksa untuk menerimanya. NIat saya hanyalah untuk mebantu dan menyelamatkan kita semua dari murka Allah. Justeru tidak perlu untuk mencaci maki di web ini.
Ada yang menghantar email kepada saya bertanya tentang cara berhenti dan taubat. Ini jawapan ringkasnya. Jalannya adalah berhenti, sedarkan dowline juga dan semua komisyen yang masih lagi masuk disalurkan kepada faqir miskin. Modal sendiri boleh ambil semula.

Taubat boleh dibuat dgn menunaikan solat taubat sebanyak 2 rakaat dan insafilah dengan sebenar-sebenarnya keterlibatan dan kegelojohan kita terhadap wang dan harta itu, kemudian memperbanyakkan sedeqah dari semasa ke semasa. Selanjutnya panjatkan harapan setingginya kepada Allah untuk menerima taubat kita.

Read more...

Saturday, September 29, 2012

Suspek tembak anggota polis mati ditembak

KUALA LUMPUR 30 Sept. - Polis hari ini menembak mati seorang daripada tiga suspek yang dipercayai terlibat menembak dua anggota polis peronda di Jalan Kuchai Lama di sini Rabu lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi, suspek berusia 32 tahun cuba meloloskan diri apabila kereta Proton Waja dipandunya ditahan untuk pemeriksaan berhampiran Pusat Beli-belah Mid Valley.

Suspek yang menaiki kereta itu seorang diri enggan berhenti sebaliknya memecut sebelum dikejar anggota pasukan itu sehingga terbabas.

Lelaki tersebut kemudian keluar dan melepaskan beberapa das tembakan menyebabkan anggota polis membalas sehingga suspek terbunuh.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, polis kini memburu dua lagi individu termasuk adik kepada suspek yang mati ditembak. - UTUSAN

P/S: Sepandai-pandai tupai melompat bro...tahniah kepada PDRM
Read more...

Lelaki dipukul suami kerana ajak isterinya buat seks

SIBU: Pasar Sentral kecoh pagi semalam selepas seorang lelaki memukul kepala seorang penjaja lelaki di situ dengan sebatang kayu di khayalak ramai.
Lelaki berusia 30 tahun tersebut dipercayai bertindak demikian selepas isterinya dipukul dengan hos air di tempat yang sama sekitar jam 9 malam kelmarin.
Insiden itu dipercayai bermula apabila si isteri, 29, yang juga penjaja di situ, menolak pelawaan penjaja lelaki tersebut untuk menidurinya.
Menurut wanita itu, dia telah mengenali penjaja lelaki itu, 40-an, sebagai rakan niaga sejak bulan puasa yang lalu.
Katanya, lelaki itu sering menghantar buah-buahan ke ruang niaganya untuk dijual kerana dia tidak mempunyai lesen untuk berniaga di situ.
Mungkin ada pertelingkahan mengenai urusan niaga di antara mereka menyebabkan lelaki itu meminta bayaran ganti rugi sebanyak RM500 walaupun dinafikan oleh wanita tersebut, sambil mendakwa penjaja itu sengaja mereka cerita untuk memburukkan namanya.
Wanita tersebut turut mendedahkan bahawa penjaja lelaki itu sering memujuknya untuk bermalam bersamanya semasa menghantarnya pulang ke rumahnya di JalanTong Sang namun setiap pelawaan lelaki tersebut ditolaknya.
“Saya hanya menganggapnya (penjaja lelaki) sebagai rakan niaga sahaja tetapi kali ini dia telah menjatuhkan maruah saya dengan menabur fitnah yang bukan-bukan terhadap saya di kalangan penjaja-penjaja lain,” kata wanita itu.
Pada jam sekitar jam 10 pagi semalam, suami wanita tersebut muncul di Pasar Sentral dan bertindak mengambil sebatang kayu lalu memukul kepala penjaja lelaki tersebut.
Keadaan menjadi kecoh apabila penjaja itu terus tumbang dan berlumuran darah di bahagian kepalanya.
Nasib baik penjaja lain berjaya menghalang suami wanita itu daripada terus mencederakan penjaja lelaki tersebut.
Orang awam kemudian menghubungi ambulans Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) untuk membawa penjaja itu ke Hospital Sibu bagi mendapatkan rawatan segera.
Wanita tersebut kemudiannya pergi ke balai polis untuk membuat laporan mengenai kes itu- borneo post



Read more...

Thursday, September 27, 2012

Kenali Tayar kenderaan Anda

Semua orang boleh dikatakan mempunyai kereta ,namun tidak ramai yang tahu maksud no-no yang terdapat pada tayar kereta anda. Setiap no tersebut mempunyai maksudnya yang tersendiri . Mari Lihat pada tayar kereta anda dan anda akan lihat ,sebagai contoh tulisan nombor seperti berikut: 175/70R13 82H

Nombor 175 yang pertama dalam siri merujuk kepada lebar tayar itu dalam milimeter, iaitu jarak diukur dari sisi ke sisi. biasanya jika lebih besar nilai angka ini lebih lebar tayar itu. Nombor 70 menyatakan nisbah aspek (aspact ratio) tayar atau ketinggian tayar berbanding dengan kelebaran tayar itu.

Dalam contoh, ketinggian tayar adalah 70% kelebaran tayar itu. Biasanya tayar dengan nisbah aspek 55 kebawah diklasifikasi sebagai tayar profil rendah. Tayar profil rendah memberi prestasi pengendalian keseluruhan yang lebih bagus walaupun aspek keselesaan mungkin boleh terjejas sedikit.

Huruf "R" merujuk kepada binaan tayar radial dan kesemua tayar kereta menggunakan binaan radial sejak 20 tahun lalu. Tayar binaan radial tidak mempunyai tiub dan memberi prestasi lebih bagus. Angka 13 merujuk kepada garis pusat (diameter) rim untuk membolehkan tayar dimuatkan. Jika ingin menukar kepada tayar dengan diameter lebih besar, anda juga perlu menukar rim kepada diameter sama.

Nombor 82 melambangkan indek keupayaan mengangkut berat tayar itu. Untuk mengetahui berat maksima melambangkan nombor "82" kami perlu merujuk kepada carta "index keupayaan mengangkut tayar berat" yang ditetapkan diperingkat antarabangsa. sebagai contoh, nombor 82 bermakna tayar mampu memikul berat maksima 475 kilogram. Berat maksima meujuk kepada setiap tayar, kita perlu darabkan 4 kali untuk memperolehi kapasiti memikul berat kenderaan dengan empat tayar. (contoh: 475 x 4 = 1900 kg)

Huruf "H" yang terakhir adalah menyatakan kelajuan maksima bagi sesebuah tayar yang direka. Taraf kelajuan H dalam contoh bermakna bahawa tayar ini boleh mencapai dan mengekalkan kelajuan sejauh 210 km/j.
Dibawah adalah senarai carta kelajuan maksimum seperti yang dilambang oleh setiap huruf abjad.

S - 180 km/j
T - 190 km/j
U - 200 km/j
H - 210 km/j
V - 240 km/j
Z - melebihi hadlaju 240 km/j
W - 270 km/j
Y - 300 km/j
Untuk tayar yang mempunyai keupayaan mengatasi kelajuan 270 km/j, huruf ZR akan digunakan.

Sebaik2 nya setiap 3 bulan adalah dinasihati membuat rotation tayar, kemudian Periksa Tekanan tayar anda setiap 2 minggu. WAJIB, kalau ada pressure gauge sendiri lebih baik.. (macam bentuk pen harga bawah RM50/- Sebaiknya anda periksa tekanan tayar pada waktu pagi kerana time tu cuaca sejuk belum panas lagi.
Sekiranya pressure angin tidak seimbang, pemanduan jadi tidak selesa kereta jadi berat dan yang paling bahaya minyak kuat makan maa dan paling ditakuti kenderaan tidak dapat berhenti dgn sempurna semasa membreak, lebih parah jika time emergency HARU tu bro!
Disamping itu, jika tidak dijaga tekanan tayar akan menyumbang kepada cepatnya tayar haus tidak sekata.selalu tengok tayar botak kat tepi ? Ni sebab tekanan tayar tak cukup.Kalau tayar botak tengah ? ni simptom selalu isi angin melebihi paras yg di tetapkan..
Jangan gunakan tayar sampai botak ,perhatikan antara setiap corak bunga.. ada penyambung jika bunga & penyambung dah sama rata mesti tukar sebab dah tiada cengkaman!

Ok, murid-murid faham semua? Selamat study...





Read more...

Wednesday, September 26, 2012

Ganjaran USD Bunuh Penerbit Filem!

Filem Innocence Of Muslim telah menimbulkan kemarahan umat islam diseluruh dunia kerana dikatakan telah menghina Nabi Muhammad SAW. Terbaru, seorang menteri keretapi di pakistan, Ghulam Ahmed Bilour yang merupakan anggota Parti Nasional Awami menawarkan ganjaran..... tersebut kepada sesiapa yang berjaya membunuh penerbit filem tersebut "Sesiapa yang berjaya membunuh orang yang menghina Nabi Muhammad SAW akan diberi ganjaran dolar oleh saya". Cetusan dari filem ini juga telah mengakibatkan ramai nyawa yang terkorban dan salah seorang daripada mangsa adalah duta Amerika Syarikat di Libya"Christopher Steven"yang turut terbunuh bersama 2 lagi pegawai akibat serangan penduduk tempatan yang marah pada 12.09.2012 .Serangan yang dibuat terhadap beliau di kedutaan itu mengunakan bom tangan dan peluru dari senjata dan beliau mati apabila kenderaan yang beliau naiki dibedil dengan roket sewaktu cuba melarikan diri!
Penerbit filem ini ,Nakoula Basseley Nakoula @ sam bacile,56 tahun yang menetap di Chalifornia ditanya samada menyesal atau tidak menjawab "TIDAK, saya tidak menyesal!Saya sedih dengan pembunuhan duta tetapi saya tidak menyesal menghasilkannya".Filem ini mula dimuat turun di you tube pada 1.7.2012 dengan bertajuk "The Real Life Of Muhammad" selama 13.03 @480p dan diupload kali kedua pada 2.7.2012 dan mengambil masa selama 13.51@1080p. Filem ini dikata menerima sumbangan sebanyak USD5 juta dari 100 penderma yahudi menurut penerbit ini ,namun beliau enggan mendedahkan siapa mereka. Filem ini dikatakan mengambil masa selama 2 jam untuk ditonton.





Read more...

Polis Peronda Di tembak


KUALA LUMPUR: Dua anggota polis dari Unit Peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields cedera parah ditembak dalam kejadian di Kuchai Lama, di sini, petang semalam.
Kedua-dua anggota berkenaan Koperal Nor Azlan Abu Bakar, 41, dan Koperal R Subramaniam, 52, yang masing-masing terkena tembakan di leher dan perut kini dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan dilaporkan stabil.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata, dua anggota terbabit yang menaiki MPV mengekori sebuah kereta Proton Saga yang disyaki berada dalam keadaan mencurigakan sebelum menahan kenderaan itu yang dinaiki empat lelaki untuk pemeriksaan di persimpangan lampu isyarat Jalan Kuchai Lama, kira-kira jam 6.45 petang.

“Sebaik keluar anggota terbabit keluar bagi menjalankan pemeriksaan, dua suspek yang berada di dalam kereta itu melepaskan beberapa das tembakan ke arah mereka,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Berikutan itu, anggota terbabit turut melepaskan beberapa das tembakan bagi menyelamatkan diri dan sempat meminta bantuan unit peronda lain sebelum suspek memecut kereta melarikan diri.

Bakri berkata, kedua-dua anggota terbabit dikejarkan ke PPUM untuk rawatan segera oleh anggota MPV lain dan usaha mengesan suspek kini giat dijalankan.

Berikutan itu, kereta dinaiki suspek ditemui kira-kira satu kilometer dari tempat kejadian di Lebuhraya Maju (MEX) menghala ke Putrajaya, bagaimanapun keempat-empat suspek dipercayai sudah meloloskan diri.

“Kita (polis) kini menjalankan siasatan ke atas kereta milik suspek bagi mengesan mereka. Dua anggota yang menerima rawatan di Unit Kecemasan PPUM itu kini dilaporkan stabil.

“Kes terbabit disiasat mengikut seksyen Akta Senjata Api 1960,” katanya.

Difahamkan, pihaknya belum dapat mengenal pasti sama ada suspek berkenaan adalah individu yang sama melakukan rompakan menyebabkan pengawal keselamatan maut ditembak di sebuah kedai emas di Jalan Othman, di sini, beberapa jam sebelum kejadian itu- metro

P/S: semoga anggota polis tersebut tersembuh segera dan suspek berjaya ditahan.






Read more...

Wanita Terlelap Rempuh Rumah

Seorang wanita awal 30an bersama anak-anaknya terselamat apabila terlibat didalam satu kemalangan di jalan jenderam hilir menuju ke dengkil. Beliau yang memandu kenderaan jenis wish dipercayai dalam keadaan mengantuk dan gagal mengawal kenderaan beliau lalu merempuh sebuah rumah ditepi jalan!



kejadian yang berlaku dalam jam 5.56 pm itu menyebabkan kereta wish itu terperosok dibawah bumbung rumah,mujur tiada orang yang berada ketika itu! Penulis yang kebetulan berada ditempat kejadian bertindak menghubungi pihak polis dan menenangkan mangsa sementara menunggu pihak polis dan ambulans tiba! Semoga kejadian ini menjadi iktibar kepada beliau supaya lebih berhati-hati!

Read more...

Pemuda Hina Islam Di tahan


KLANG 26 Sept. - Seorang pemuda berusia 25 tahun ditahan di rumahnya di Klang Jaya di sini pagi ini bagi membantu siasatan kes menghina Allah dan Nabi Muhammad SAW dalam laman sosial Facebook baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Md. Yusuf berkata, suspek ditahan pukul 11 pagi ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan dan Seksyen 298A Kanun Keseksaan.

Beliau berkata, suspek datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah tengah malam tadi untuk membuat laporan polis menafikan dia menulis kata-kata penghinaan dalam laman sosial itu.

Suspek mendakwa komputer ribanya pernah hilang sebelum ini," kata Mohamad yang turut mengesahkan polis menerima laporan daripada jiran suspek mengenai kejadian pecah rumah dan rusuhan di rumah pemuda itu pukul 10.30 malam tadi. - UTUSAN

Read more...

Panas,Gengster serang rumah lelaki hina islam!



KUALA LUMPUR 26 Sept. - Rumah keluarga lelaki yang didakwa menghina kesucian agama Islam dan Nabi Muhammad menerusi laman Facebook, diserang sekumpulan lelaki di Taman Klang Jaya, awal pagi ini.

Rumah P. Jayaratnam yang juga bapa kepada pemilik Facebook terbabit, J.Gopinath, 26, telah diserang sekitar jam 1.30 pagi tadi.

Tinjauan Utusan Malaysia sekitar jam 3 pagi tadi mendapati keseluruhan barangan di dalam rumah itu rosak teruk dengan semua barang dipecahkan serta diselerakkan.

Turut musnah adalah sebuah kereta jenis Perodua Gen2 serta rumah itu ditinggalkan dengan lampu dan kipas yang masih terbuka.

Malah usaha mendapatkan keluarga berkenaan juga gagal apabila rumah itu ditinggalkan selepas dipercayai mereka diselamatkan oleh orang ramai dan pihak berkuasa. - UTUSAN

P/s:Kerana pulut santan binasa , kerana fb,diri sengsara ! Itu lah balasan jika menghina kesucian agama orang lain tanpa memikirkan tindakkan yang dibuat bakal mencetuskan kemarahan orang.Dalam kebebasan kita mengeluarkan pandangan ,jangan sesuka hati menghina agama orang lain, belajarlah untuk menghormati pegangan dan agama orang .Bab-bab yang melibatkan soal agama adalah sesuatu isu yang sangat sensitif sekali dan tidak wajar dibincangkan secara terbuka lebih-lebih lagi di dalam facebook. Semoga menjadi iktibar kepada semua rakyat malaysia supaya lebih berhati-hati dalam mengeluarkan pandangan didalam facebook dimasa akan datang supaya isu yang hendak di post kan itu tidak akan menyusahkan diri sendiri nanti...

Read more...

Tuesday, September 25, 2012

Tenung Buah Dada Jika Mahu Umur Panjang..

Kepada anda yang rasa ingin hidup lama di alam duniawi ini ada petua yang sangat mudah dan senang untuk diamalkan. Ini adalah kajian yang dibuat oleh Dr. Karen wheatherby yang boleh kita semua sama-sama mencuba ye:

"MERENUNG Buah Dada Wanita berterusan selama 10 minit dapat memanjangkan usia
seorang lelaki."Itulah penemuan terbaru yang boleh diperoleh para penyelidik selepas
menjalankan kajian selama lima tahun membabitkan 200 lelaki tulen di seluruh
Eropah.Menurut kajian itu, lelaki yang suka merenung buah dada wanita dapat menurunkan tekanan darah, sukar dihinggapi sakit jantung berbanding mereka yang
malu-malu berbuat demikian.Ketua kumpulan penyelidik itu, Dr. Karen Weatherby seorang wanita mencoretkan penemuannya itu dalam The New England Journal of Medicine.
"Anda boleh mencubanya kerana inilah peluang mudah memanjangkan usia antara lima hingga enam tahun," Ujar Dr.Karen-berjaya group

P/s: ha ha ha... Ajal dan maut telah ditentukan olehNya, cer time tengok buah dada tu anda mati, macam mana plak tu?Yang penting penulis bukanlah di kalangan 200 orang yang dibuat kajian itu :-p

Read more...

Gempar,Suami Saman Isteri

Lelaki macam ni pun ada ke, dulu sebelum kahwin ,bukan main i love u la, u love me la,sanggup merentasi lautan api la dan macam-macam lagi kata-kata cintan yang diucapkan.
Jom kita baca peristiwa yang berlaku di negara china ni...

China:Seorang lelaki dari China, Jian Feng telah menceraikan dan menyaman isterinya sebanyak $120,000 dan beliau menang kes tersebut.

Menurut laporan, Feng tinggal bersama isterinya yang cantik hidup bahagia sehinggalah mereka dikurniakan seorang bayi perempuan yang mana kelihatan sedikit pun tidak sama dengan mereka berdua. Bayi tersebut juga dilaporkan hodoh dan mengejutkan beliau.

Timbul keraguan dan syak wasangka dalam diri Feng dan beliau menuntut supaya isterinya memberitahu siapakah bapa sebenar bayi perempuan yang dilahirkan itu. Akhirnya, si isteri mengaku telah membuat rawatan pembedahan plastik di Korea Selatan untuk merubah keseluruhan mukanya menjadi cantik.

Feng telah menyaman di bawah terma isterinya telah menipu beliau sehingga mengahwininya dalam rupa yang palsu.

P/s: Lain kali kalau nak kahwin dengan pasangan masing-masing , cer minta gambar masa dia umur 7 tahun :-)

Read more...

Ketahui samada bayi anda diganggu oleh jin!

Bayi yang kerap menangis diwaktu tengah malam sering kali menimbulkan kegelisahan dikalangan setiap insan yang bergelar ibubapa ,lebih-lebih lagi jika dibawa ke hospital doktor sahkan bayi anda tidak mengalami sebarang sakit yang luar biasa!
Tangisan bayi yang mendayu-dayu kebiasaannya berkemungkinan ada gangguan jin. Jika ibubapa yang sering balik lewat petang atau malam seeloknya membasuh tangan dulu dan seelok2nya bewudhula dulu sebelum memegang bayi anda. Sebaiknya kalau balik waktu maghrib sebutlah salam dan baca bismillah sebelum memasuki rumah dengan posisi mendahulukan punggung . Ini bagi menghalang daripada jin mengikuti kita memasuki ke dalam rumah. Apabila memberi makan ataupun susu kepada bayi , janganlah lupa membaca bismillah. Sebelum tidur , bacalah 3 kul untuk pendinding kepada kita sendiri dan kemudian baca sekali lagi 3 kul dan hembus kepada seluruh tubuh bayi anda! Dan jangan lupa baca ayat kursi dan hembuslah seluruh rumah anda seolah-olah anda memagari rumah anda dari jin!
Persoalan, apakah yang harus anda buat jika bayi anda menangis mendayu-dayu diwaktu malam?baca 7 kali Al fatihah beserta dengan 7 kali Ayat Kursi dan hembus ke telinga kiri dan kanan bayi anda. Insyallah ok la tu...

Read more...

Wow...buah dada terbesar didunia!

BEIJING – Seorang petani China, Guo Feng, 53, terpaksa menerima rawatan di Hospital Dada Jinan di sini kerana dia memiliki buah dada terbesar di dunia sehingga sering mengganggu tugas hariannya, lapor sebuah akhbar semalam.

Lelaki itu berkata, buah dadanya mula membesar 10 tahun lalu dan keadaan tersebut menyebabkan ramai penduduk tempatan sanggup berbaris panjang di ladang tenusu miliknya untuk melihat dan kemudian mentertawakan pula dirinya.

Mereka akan memaksa Feng memakai baju tebal sepanjang masa walaupun semasa cuaca panas dan dia mendakwa terkilan dengan keadaan itu sehingga pernah bercadang untuk memotong sendiri buah dadanya jika tiada sesiapa yang mahu membantu.

“Saya sudah pergi dari sebuah hospital ke hospital yang lain tetapi tiada siapa mahu menolong dan saya telah menghabiskan banyak wang untuk pemeriksaan namun masih belum ada penyelesaian dan buah dada saya kian membesar,” katanya.

Seorang doktor, Zhang Lilan dari Hospital Dada Jinan berkata, beliau sendiri tidak pernah melihat keadaan sedemikian sepanjang 30 tahun bertugas sebagai pakar dan mengesahkan Feng adalah lelaki normal kecuali bahagian buah dadanya. – Kosmo

Read more...

Ayam Pansuh @ Pansuh manok

"Pansuh manok"atau"ayam pansuh"...nama bagi masakan ayam yang dimasak didalam buluh. Masakan tradisi orang iban sarawak ini cukup popular dan diantara menu yang wajib dinikmati jika sesiapa yang berhasrat mengunjungi negeri sarawak.
Cara masak ayam pansuh ini seakan-akan seperti lemang.Cuma Bezanya, ayam pansuh dimasak tanpa menggunakan daun pisang sebagai pelapik di dalam buluh dan mengambil masa hampir satu jam untuk siap dimasak, dengan mengunakan api yang sederhana. untuk mendapatkan ayam pansuh yang lebih lazat pucuk ubi kayu akan digunakan menutup bahagian atas buluh dan lagi sedap jika ayam tua kampung digunakan.Ia untuk menambahkan lagi aroma dan kelembapan ayam dalam buluh. Disini penulis sertakan bagaimana cara penyediaan ayam pansuh ini dibuat:

Cara-cara:

potong ayam sederhana besar dan cuci bersih. ( jgn terlalu besar nanti x muat masuk dalam buluh)
perap ayam dengan bawang, halia, serai, garam dan aji selama 3 minit.
ambik pucuk ubi yang masih muda, cuci dan ramas menggunakan garam kira2 1/4 sudu teh ( jgn terlalu byk garam nanti masin)
gaulkan daun ubi yang telah diramas sederhana lumat dengan ayam yang telah diperap tadi...
cuci buluh terlebih dahulu kemudian masukkan ayam dan daun ubi yang telah digaul tadi.
bakar buluh yang telah diisi ayam menggunakan api kayu (seperti membakar lemang)...
setelah ayam mendidih, bakar lagi selama 30 minit
apabila telah masak, tuangkan ayam kedalam mengkuk yang sederhana besar dan boleh dihidang.

Read more...

Monday, September 24, 2012

Fenomena Tupperwear

Tupperwear ,produk barangan dapur yang cukup sinonim dengan kaum hawa. Penulis sendiri pun tidak tahu pada mulanya akan jenama ini sehinggalah penulis berkahwin dimana setiap bulan boleh dikatakan isteri penulis sering kali membeli barangan berjenama tupperwear ini.Dari pada bekas letak biskut ,kuali dan sehinggalah bekas isi beras, kesemuanya berjenama tupperwear!
Penulis seterusnya membuat kajian asal usul terhadap produk yang semakin digilai kaum hawa ini dan mendapati Nama Tupperware diambil daripada pengasasnya iaitu Earl Silas Tupper yang merupakan seorang ahli kimia dan bekerja di DuPont's Chemical,terlibat secara tidak langsung dengan plastik. Beliau lahir di Berlin, New Hamshire, Amerika Syarikat.
Produk pertama ciptaan Beliau yang dihasilkan pada tahun 1937 tetapi mula dijual dipasaran pada tahun 1946 dengan cara pengedaran katalog dan dijual dari rumah ke rumah.
Jualan produk Tupperware kedap cecair dan udara kurang mendapat sambutan kerana ramai yg tidak didedahkan dengan keistimewaan produk tersebut.
Seorang suri rumah bernama Browni Wise berbakat dalam aspek jualan dan pemasaran promosi produk Tupperware dengan menganjurkan parti Tupperware di rumah.
Dalam tempoh 6 dekad jenama Tupperware telah berkembang di 100 buah negara. Difahamkan Di Malaysia sahaja terdapat 200,000 ahli berdaftar dan 70 buah pusat perniagaan Tupperware Brands dan penulis juga adalah salah seorang daripada mereka(ini kes kena racun dengan staff di pejabat penulis bernama ruzila yang merupakan 1 star director tupperwear :-)Tupperware Brands melebarkan sayapnya di Malaysia pada tahun 1965 dimana penulis sendiri belum lagi lahir ketika itu. Dan sekarang jenama tupperwear ini semakin berkembang dikalangan warganegara malaysia baik kaum bujang mahupun yang sudah berumahtangga!







Read more...

Pam minyak Nyaris meletup

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki cedera selepas kereta dipandunya hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh pam minyak hingga menyebabkan pam berkenaan tumbang serta menghempap sebuah motosikal dalam kejadian di sebuah stesen minyak di Alam Damai, Cheras, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 8.30 pagi itu, penunggang motosikal yang dihempap bagaimanapun terselamat kerana ketika kejadian dia berada di kaunter untuk membuat pembayaran.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Cheras, Johari Mohd Lazim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu pada jam 9.02 pagi dan dua jentera dengan 12 anggota bomba bergegas ke tempat kejadian.

“Sebaik tiba di stesen minyak terbabit, anggota kami mendapati sebuah kereta Proton Iswara sudah merempuh pam minyak hingga menyebabkan ia tumbang dan berlaku tumpahan petrol selain menghempap sebuah motosikal.


“Tindakan pantas mencabut wayar sambungan pada bateri kereta diambil untuk mengelak percikan api hingga boleh mengakibatkan kebakaran atau lebih teruk letupan berlaku.


“Pemandu kereta cedera ringan di mulut, manakala penunggang motosikal tidak cedera kerana tidak berada berhampiran motosikalnya ketika kejadian,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam( metro)

P/s: Nasib baik mamat yang menunggang motorsikal tu tiada disana, kalau tidak buta- buta kena langgar dik kerana kecuaian pemandu tersebut. Walau bagai manapun semoga kejadian ini menjadi iktibar kepada beliau dan juga kepada penulis sendiri supaya lebih berhati-hati apabila mahu memasuki stesen pam minyak!

Read more...

Telefon Bimbit Pertama di Dunia

Samsung,Apple,Nokia,Sony Erisson,Htc dan pelbagai lagi jenama telefon bimbit yang berlambakkan di pasaran dewasa ini!Semua syarikat ini saling berlawanan antara satu sama lain bagi mempromosikan produk mereka dengan menawarkan pelbagai applikasi yang canggih pada setiap telefon bimbit keluaran masing- masing
Tapi, penulis ingin mengajak anda semua mengimbau kembali asal usul telefon bimbit ini, jangan hanya tahu guna sahaja tanpa mengambil tahu asal usul telefon yang anda gunakan itu :-)
Ok,Pernah kah anda mendengar manusia bernama martin cooper?bukan Lee cooper jenama seluar jeans yang anda pakai tu ye! Martin Cooper adalah merupakan pengurus besar syarikat motorola ketika itu dan dalam masa yang sama syarikat motorola ketika zaman beliau merupakan syarikat pelopor didalam pembangunaan telefon bimbit ini.
Panggilan pertama yang dibuat oleh beliau adalah pada 3.4.1973(jam tak jumpa,dah habis google pun tak dapat juga)
Dan yang paling kelakar sekali apabila panggilan tersebut di buat kepada seteru kepada syarikat motorola iaitu Mr Joe Engel, ketua syarikat Bell lab.kiranya nak bagi member sakit hati dan tersentap la ni!
Namun telefon ini hanya mula dikomersialkan 10 tahun kemudian dengan nama Dyna Tac yang harga ketika itu 3500 dolar!Difahamkan berat telefon bimbit tersebut ketika itu seberat 1.1kg,berat bukan?kalau anda kena kejar anjing, pasti dapat membantu anda menghalau anjing tersebut!Ketika itu sms belum diciptakan lagi dan bunyi dia pun klasik sangat!
Jadi,persoalan terhadap martin cooper ini sama ada belisu masih hidup atau tidak,difahamkan beliau masih hidup lagi!Apa perasaan beliau agaknya bila lihat syarikat samsung dan Apple menguasai pasaran telefon bimbit dunia sekarang???

Read more...

Ikan Empurau,Ikan termahal di Sarawak!

Sepanjang 7 tahun admin merantau di negeri sarawak, kenangan yang tidak dapat dilupakan apabila berpeluang merasai ikan yang termahal di negeri burung kenyalang iaitu "ikan empurau"atau orang cina panggil nama ikan ini " wang pu liao".
Jangan terkejut jika harga ikan ini mencecah RM450 sekilo.
Nasib baik bapa mertua admin yang bekerja di kem kayu balak membawa balik ikan empurau untuk dihidang makan dengan cara masak stim, kalau nak merasa makan di restaurant, memang tidak mampu!
Ikan ini bukanlah sebarang ikan, ikan ini dianggap sebagai "raja ikan" di antara ikan-ikan yang terdapat di negeri sarawak.
Bagi dikalangan rakyat negeri sarawak, hidangan ikan ini hanyalah untuk hidangan untuk orang-orang kaya sahaja memandangkan harganya yang cukup mahal dan sukar diperolehi.Admin juga ada bertanya kepada beberapa taukey restaurant sekitar bandaraya sibu dan menurut mereka harga ikan ini yang siap dimasak kukus boleh mencecah Rm700 sekilo dan jika di sekitar kuala lumpur harganya boleh mencecah Rm1500 sekilo, apa macam?
Daerah Kapit cukup popular dengan ikan ini,ini adalah kerana kedudukannya di kawasan hulu Sungai Rejang merupakan habitat semulajadi bagi banyak ikan asli. Ikan ini tinggal di anak sungai yang deras, jernih dan berbatu di kawasan hulu sungai. Di Sarawak, ikan ini boleh dijumpai di hulu sungai-sungai utama seperti Rejang, Baram, Limbang dan Batang Ai. Di Rejang, terdapat tiga jenis ikan empurau yang dikenal pasti iaitu empurau burak, empurau merah dan empurau chelum.
Makanan semulajadi ikan empurau ialah tumbuh-tumbuhan seperti daun, buah-buahan dan bunga. Populasi ikan empurau adalah kecil. Akibat permintaan yang tinggi dan pencemaran alam sekitar, populasinya berkurangan dengan drastik dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Ikan empurau dapat mencapai berat lebih daripada 30 kg.Jika admin balik ke kampung halaman isteri admin,bapa mertua sering kali membawa balik ikan ini untuk dimakan bersama!Hmmmm tiba-tiba terkenang dengan kelembutan+manis+lemak isi ikan ini...


Read more...

Pelakon vanidah dan rashidi bercerai?

Hmmm... Filem untuk 3 hari lakonan yang melibatkan pasangan suami isteri ini nampaknya telah mencetuskan kontroversi dalam dunia hiburan tanah air dimana terdapatnya di dalam filem ini satu adegan pelakon rashidi ini mengungkapkan kata lafaz cerai .Penulis tidak mahu mengulas lebih- lebih kerana perkara ini melibatkan soal agama dimana penulis sendiri bukan la seorang yang arif untuk memberi komen terhadap isu sensitif ini.
Sebaik-baiknya pasangan ini harus merujuk status hubungan mereka  kepada jabatan agama sepertimana yang disarankan.
Semoga menjadi iktibar kepada penerbit-penerbit filem tanah air dan juga para pelakon sendiri supaya lebih berhati- hati dengan
Skrip yang dibuat dimasa akan datang.
Yang pasti dengan isu kontroversi ini sedikit sebanyak akan menaikkan rating filem ini,sama-sama kita saksikan!


KUALA LUMPUR 23 Sept. - Pasangan pelakon Rashidi Ishak dan Vanidah Imran (Vee) digesa segera merujuk kepada jabatan agama Islam berikutan lafaz cerai yang diungkapkan Rashidi terhadap Vanidah dalam filem Untuk Tiga Hari.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, lafaz cerai yang diungkapkan Rashidi sewaktu melakonkan watak Zafrin dalam filem itu menyebabkan perkahwinan sejak 1 Oktober 2000 antara beliau dan Vanidah tidak sah di sisi agama.

"Ia umpama menjadikan sesebuah perkahwinan itu sebuah permainan seperti kahwin muta'ah. Justeru, saya menasihatkan kedua-dua mereka merujuk kepada jabatan agama Islam dengan segera.Utusan Malaysia





Read more...

Kenali sifat lelaki yang memilih Wanita berbuah dada besar

Wanita yang bagaimanakah yang anda cari bagi menemani hidup anda? Penulis katakan 90% Tipu la kalau anda katakan budi bahasa wanita adalah merupakan kriteria pertama yang anda pilih sebelum meneruskan langkah-langkah seterusnya ke jinjang pelamin(ewahh skema gila ayat aku ni)Pertama sekali yang dilihat oleh seseorang lelaki semestinya fizikal seseorang wanita tersebut.Pemilihan terhadap fizikal wanita mempengaruhi karakter lelaki itu sendiri,benar atau tidak?disini penulis dapat daripada majalah maskulin yang menerangkan maksud-maksudnya tersendiri.Adakah benar atau tidak kita tergolong didalam karakter tersebut?mari kita baca bersama...

1.wanita bertubuh kurus:lelaki yang memilih wanita kurus dikatakan sebagai lelaki yang tidak tetap pendirian dalam hal peribadi termasuk kerjayanya.Mudah berubah-ubah apa yang difikirkan,tidak selari dengan tindakan yang diambil dan ragu-rahu untuk membuat keputusan tepat.Tryai merupakan seorang yang meganbil berat dan prihatin.

2.Wanita bertubuh gempal:kebiasaannya lelaki yang memilih wanita gempal sebagai pasangan tidak mempunyai perasaan yang tetap.Mereka memiliki kecenderungan untuk tidak memberikan perhatian kepada sesuatu yang berkaitan dengan kecantikan dan kesempurnaan."Asal ada",itu yabg tersemat di hati dan pemikiran mereka.walaupun begitu, mereka senang memberikan simpati.

3.wanita bertubuh sederhana:lelaki ini dikatakan senang menghargai perasaan seseorang. Mereka juga mempunyai sifat bertanggungjawab terhadap perkara di sekeliling.Tidak mementingkan diri sendiri dan cuba sedaya upaya untuk memuaskan perasaan orang lain. Tetapi lelaki sebegini senang untuk dipergunakan oleh orang lain dan sering menjadi mangsa keadaan.

4. Wanita berbuah dada besar:mempunyai jiwa yang keras dan terlalu menginginkan kebebasan didalam kehidupan..itulah sifat bagi seorang lelaki yang memilih wanita dengan ciri-ciri sebegini.Mereka juga mahukan kesempurnaan tetapi diri sendiri memiliki banyak kepincangan.Mereka juga sering mencuba bersifat terbuka tetapi sering tidak dapat menerima pandangan orang lain.

5.wanita berbuah dada kecil:Lelaki yang memilih wanita sebegini ialah lelaki yang cenderung kepada perkara yang bertentangan.Mereka dikatakan gemar megambil jalan mudah tanpa mahu memikirkannya kerana tidak menpunyai pandangan yan bernas. Tetapi mereka mudah didampingi lerana bersifat peramah.

6. Wanita punggung besar:Dikatakan sebagai lelaki yang mempunyai pandangan agak lemah terhadap diri sendiri. Ini membuatkan mereka tidak memiliki pendirian yang kukuh. Mereka juga gemar membantu orang lain yang berada dalam kesusahan tetapi tidak mampu untuk menolong diri sendiri.

7. Wanita betis besar:lelaki yang suka menikmati suasana yang tenang,mampu menjaga perasaan pasangan dengan baik dan bijak mengunakan akal fikiran,tetapi mereka juga dikatakan sering berdolak dalih kerana tidak mahu menyatakan perkara yang sebenarnya.

8. Wanita berbetis kecil:terlalu mementingkan kecantikan,tidak mampu menangani kesusahan dan sering berusaha menarik perhatian orang lain. Walaupub ada kalanya perangai kurang menyenangkan tetapi mereka bijak membuat helah agar sentiasa jadi perhatian. Apapun,mereka seorang yang perfectionist dan mahukan serba serbi lengkap. Tetapi jarang sekali berusaha untuk melengkapkan sesuatu tanpa bantuan orang lain.

9. Wanita berleher jinjang:lelaki ini dikatakan tidak yakin pada diri sendiri,sering kali berasa serba salah dengan keputusan yang diambil dan agak pembengis. Walaupun mereka agak meyayangi pasangannya dan sanggup melakukan apa saja demi kebahagian. Berangan-angan tinggi tetapi bersikap king control dan sentiasa memantau pergerakan pasangan mereka.

Jadi adakah anda didalam kategori sedemikian? Pandangan dari maskulin ini hanyalah bersifat kajian sahaja dan bukanlah tepat pun,sekadar hiburan semata-mata bagi penulis :-)

Read more...

Sunday, September 23, 2012

Petua-Petua Buang Kahak Pada Bayi

Setiap kali bayi anda demam perkara yang paling merungsingkan sekali jika demam ini disusuli dengan kahak!Bunyi kahak yang kedengaran setiap kali bayi kita bernafas sememangnya merimaskan bayi itu sendiri dan dalam masa yang sama memeningkan kepala ibubapa sendiri, apatah lagi jika telah dibawa ke hospital masih tidak sembuh-sembuh!
Seperti ibubapa yang lain anak penulis juga tidak terkecuali menghidapi perkara ini!kadang- kadang bila dibawa ke hospital ada doktor akan cakap tiada apa-apa perlu dirisau melainkan jika disusuli dengan demam!Disini penulis sertakan beberapa petua orang-orang tua terdahulu amal kan untuk merawat sakit ini secara tradisional:

1.Daun Pucuk Kaduk-Caranya, ramaskan daun kaduk yang dicampur sedikit kapur sirih dan air. Kemudian, lumurkannya di atas dada dan perut bayi anda. InsyaAllah kahak tu akan keluar bersama najisnya

2.Daun Sirih-caranya,ambil Beberapa tangkai daun sirih tekan dengan jari hingga mengeluarkan lendirnya, kemudian sapukan pada batang hidung bayi. Cara ini akan melegakan selsema dan pernafasan menjadi mudah.

3.Bungga Raya Merah- caranya,ambil bunga tersebut dan lesungkan.Anda akan dapati terdapatnya cecair/ lendir.
Tumbuhan ini mengandungi sejenis lendir yang memberikan rasa sejuk pada kerongkong dan rongga paru-paru. Selain itu bunga raya juga mengandungi hebiscetin iaitu satu bahan yang amat berkesan untuk meredakan batuk dan menghilangkan kahak sapukan pada dada dan belakang badan bayi.

4.Daun pokok hati2-caranya, ambil daunnya dan ramas2 daun tersebut kemudian letak kapur sirih + air sikit… lepas tu sapukan kat dada serta belakang bayi anda.

5.Air rebusan akar lalang-caranya minum sesudu kecil air tersebut.Insyaallah dalam 2-3 hari hilang la!

6.Daun pegaga kampung-ambil daun pegaga dalam 8 helai dan tumbuk ,kemudian ambil air dia lepas tu tumbuk gula batu sedikit dan kemudian itu bagi anak minum sehari 3 kali.

7.Entemu( hanya mudah didapati di negeri sarawk)- bentuk dan rupanya seakan2 kunyit, tumbuk sedikit entemu tersebut dan sapu dari dada hingga ke bawah tekak dan kemudian sapu di atas hidung bayi anda, dan akhir sekali letak kan setitis air dari entemu tersebut ke lidah. Insyallah kahak akan kering dalam 2-3 hari

8. DAUN KETUMBIT-pokok dia mcm pokok rumput ambil dalam segeggam dan campur dengan sedikit kapur makan dan lumatkan atas tapak tangan.Air dia sapu di atas ubun2,dada,sebelah belakang bayi anda,insyaallah selepas 3 hari hingga seminggu akan pulih sepenuhnya.

P/s: selamat mencuba...


Read more...

Saturday, September 22, 2012

AWAS dengan Sistem Saman Had Laju Yang Baru

KUALA LUMPUR 22 Sept. - Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) akan mula beroperasi tengah malam ini di 14 "lokasi maut" bagi mengesan pesalah lalu lintas yang memandu melebihi had laju dan melanggar lampu isyarat.

Ketua Pengarah, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan berkata bagi fasa pertama AES, sebanyak 14 kamera dipasang di beberapa lokasi yang dikenal pasti di Perak, Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur.

Lebih banyak kamera akan dipasang di 817 "lokasi maut" dalam fasa kedua yang akan menyaksikan AES dilaksanakan secara menyeluruh di negara ini, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata pelaksanaan AES merupakan tindakan tegas kerajaan bagi mengurangkan jumlah kemalangan jalan raya.

"Kamera AES dipasang di kawasan hitam atau lokasi dikenal pasti sebagai lokasi maut yang mencatatkan jumlah kematian tinggi," katanya. - BERNAMA

P/s:Lepas ni kena kawal la kelajuan
Kereta masing-masing jika tidak mahu menjadi mangsa "AES" ini..:-)

Read more...

Imbuhan Tetap Perumahan dijangka Naik?

KUALA LUMPUR 22 Sept. - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan menambah Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) kepada penjawat awam dalam belanjawan yang akan dibentangkan di Parlimen 28 September ini.

Setiausaha Agungnya, Lok Yim Pheng berkata, ini perlu kerana kos perumahan kini khususnya di bandar raya amat tinggi.

Di kawasan bandar raya apabila wujudnya projek perumahan baru, timbul masalah yang mana orang yang berkemampuan sahaja yang dapat membeli rumah," katanya. - BERNAMA

Hmmm... ITP sepatutnya dah lama naik pun,dengan kadar sewa rumah yang tinggi sekarang ni terutama di kawasan bandar mana Lepas nak bayar!Tapi kali ni penulis rasa kan kerajaan mungkin akan ambil perhatian perkara ini! Sama-sama la kita berdoa...Aminnnn....

Read more...

Buah Dabai

Buah Dabai...bagi rakan-rakan yang berada di semenanjung ,yang sememangnya tidak pernah mengenali buah dabai ini,penulis ingin bercerita sedikit perihal Buah dabai ini.
Untuk makluman anda,buah dabai ini hanya boleh dijumpai di negeri sarawak sahaja.Daerah kapit,song dan kanowit sememangnya daerah yang cukup dikenali sebagai pengeluar terbaik bagi buah-buah dabai ini!Seperti mana buah durian,buah dabai ini juga bermusim.Kebiasaanya buah ini hanya berbuah sekali dalam setahun.
Namun jangan terkejut jika buah ini berharga RM35 sekilo.Rasa buah ini boleh dikata kan lemak berkrim!Bagi yang mengunjungi negeri sarawak,tidak lengkap kedatangan anda jika tidak merasai buah dabai ini,buah yang amat popular dikalangan rakyat negeri kenyalang ini!
Dalam bahasa saintifik, buah ini dipanggil sebagai Canarium odontophyllum. Bagi yang tidak biasa, buahnya tidak boleh dimakan begitu sahaja. Sebaliknya, ada cara tertentu untuk membolehkan ia enak dimakan. Ketika buah dabai masih muda, ia kelihatan putih pada luarannya dan kemudian bertukar menjadi hitam apabila ia sudah masak. Isinya pula berwarna kuning. Bijinya pula berbentuk seperti bola ragbi tetapi bersegi tiga.

Bagaimana untuk menyediakan buah dabai? Ia mengikut kreativiti penggemar masing-masing. Namun, kebiasaannya buah dabai direndam terlebih dahulu dengan air panas sehingga buahnya menjadi lembut. Kemudian, air panas dibuang. Seterusnya, ia sudah sedia untuk dimakan dengan bertemankan kicap ataupun garam. Mengikut penggemarnya, buah dabai terasa lemak untuk dimakan. Ini yang menyebabkan ia amat sedap untuk dimakan bersama nasi yang masih panas-panas...

Read more...

Friday, September 21, 2012

Kenapa Kucing Selamat Dijaga




Nabi menekankan di dalam beberapa hadisnya bahawa kucing itu tidaklah najis. Malah diperbolehkan untuk berwudhuk menggunakan air bekas minuman kucing.
Kenapa Rasulullah Saw berani mengatakan bahawa kucing tidak menjadi najis kepada manusia? Persoalannya, bagaimana Nabi mengetahui badan kucing tidak mempunyai najis? Jawapannya, kulit kucing mempunyai otot-otot yang berfungsi untuk melawan sel bakteria.
Otot kucing juga dapat menyesuaikan diri dengan sentuhan otot manusia. Pada permukaan lidah kucing pula dilapisi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing, benjolan ini berbentuk bengkok mengucup seperti kikir atau gergaji. Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit.
Ketika kucing minum, tidak ada setitis pun air yang akan jatuh dari lidahnya. Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar boleh membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya.


Kajian Yang Dijalankan
Telah dilakukan berbagai penyelidikan terhadap kucing mengikut pelbagai perbezaan usia, posisi kulit, punggung, bahagian dalam tapak kaki, bibir, dan ekor. Pada bahagian-bahagian tersebut dilakukan pengambilan sampel melalui usapan. Di samping itu, kuman juga diletakkan pada bahagian-bahagian tertentu. Diambil juga cairan khusus (air liur) yang berada pada dinding dalam mulut dan lidahnya.


Hasil yang didapati selepas ujikaji adalah:-

- Hasil yang diambil dari kulit luar tidak mempunyai kuman, meskipun dilakukan berulang kali.
-Tempat yang kuman sengaja diletakkan menunjukkan hasil negatif sekitar 80% (20% mempunyai kuman), jika dilihat dari air liurnya. Ini menunjukkan kucing dapat melawan kuman yang diberikan kepadanya.
-Cairan yang diambil dari permukaan lidah juga menunjukkan ketidak hadiran kuman.

Kuman enterobacter yang tidak merbahaya
-Hanya sekali kuman dijumpai semasa proses penyelidikan. Kuman ini termasuk dalam kumpulan kuman yang dianggap sebagai kuman biasa yang selalunya membiak dalam tubuh manusia dalam jumlah yang kecil seperti enterobacter, streptococcus, dan staphylococcus. Jumlahnya kurang dan membiak dalam lingkungan 50 ribu pertumbuhan.
-Kajian tidak menemui jenis kuman yang beragam dan berbahaya. Perbagai sumber yang dipercayai dan hasil penyelidikan laboratorium menyimpulkan bahawa kucing tidak mempunyai kuman dan mikrobakteria. Air liurnya bersih dan boleh membersihkan seluruh badannya.
Ulasan para doktor yang bergiat dalam bidang kuman, Dr. George Maqshud, ketua laboratorium di Klinik Haiwan Baitharah, jarang sekali ditemui kehadiran kuman pada lidah kucing. Jika mempunyai kuman, itu menunjukkan kucing itu akan atau sedang sakit.

Lysozyme menjadi agen pembersih di dalam tubuh kucing
Selain itu, Dr. Gen Gustafsirl menemui kuman yang banyak pada anjing, manusia 25% dari anjing, kucing mempunyai separuh kuman dari manusia. Doktor haiwan di klinik haiwan Damaskus, Said Rafah menegaskan bahawa kucing mempunyai peranti pembersih yang bernama lysozyme.
Kucing tidak menyukai air kerana air merupakan tempat yang sangat subur dalam pertumbuhan bakteria. Kucing juga sangat menjaga kestabilan suhu tubuhnya.
Jika diperhatiakan, kucing tidak banyak berjemur dan tidak suka mendekati air. Tujuannya agar bakteria tidak berpindah kepadanya. Inilah yang menjadi faktor yang membuatkan kuman tidak ada pada tubuh kucing.


Hadith-Hadith Mengenai Kucing
Kabsyah binti Kab bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wudhuk. Pada masa itu datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas ia menuangkan air di bekas untuk kucing itu minum. Kabsyah berkata, “Perhatikanlah”. Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu hairan?” Kabsyah menjawab, “Ya”. Lalu Abu Qatadah berkata bahawa Nabi SAW pernah bersabda, Kucing itu tidak najis. Kucing binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan), (HR At-Tirmidzi, An-Nasai, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).
Diriwayatkan Ali bin Al-Hasan dan Anas menceritakan bahawa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bekas”. Lalu Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun terdapat seekor kucing datang dan menjilati bekas air tersebut. Melihat kejadian itu, Nabi berhenti sehinggakan kucing tersebut berhenti minum lalu Rasulullah berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis.”
Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu ia memberikan isyarat untuk menyimpannya. Sayangnya setelah Aisyah selesai mendirikan solat, ia lupa adanya bubur. Datanglah seekor kucing lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika Aisyah melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing dan Aisyah memakannya. Rasulullah Saw bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling”. Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhuk dari sisa bekas jilatan kucing, (HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni).
Kalaulah bukan dari wahyu Allah tentulah Rasulullah Saw tidak akan berani mengatakan bahawa kucing itu bersih. 


*Segala sesuatu yang baru ditemui oleh para ilmuwan pada zaman moden ini, telah diketahui ilmunya oleh Rasul Kita Muhammad saw sejak 1500 tahun yang lalu.

Read more...