Photobucket

Tuesday, October 2, 2012

Ganjaran Berhenti Merokok

Admin ucapkan syabas atas keprihatinan dan usaha oleh pihak poliklinik Lanang, Sibu bagi memberi semangat kepada para perokok tegar supaya berhenti merokok di satu majlis penyerahan sijil ,kepada perokok-perokok yang berjaya menahan "nafsu" bagi tempoh 6 bulan dari terus ketagihan! Semua orang sedia maklum akan bahayanya merokok ini! Admin juga suatu ketika dahulu merupakan seorang perokok tegar ,tapi atas dorongan isteri admin sudah masuk 4 tahun admin berjaya berhentikan tabiat merokok!
Cuba try bagi ganjaran berupa sebuah motorsikal kepada rakyat malaysia jika berjaya berhenti merokok. Sure ramai yang akan menyahut dan tertarik dengan ganjaran tersebut :-)

SIBU: Lapan perokok tegar yang berjaya melepaskan tabiat merokok mereka untuk tempoh enam bulan menerima sijil penghargaan masing-masing.
Satu majlis ringkas telah diadakan bagi menghargai para penerima sijil berkenaan diadakan di Poliklinik Jalan Lanang, di sini.
Mereka adalah antara 23 daripada 184 perokok yang telah berdaftar dengan Poliklinik Lanang dan Poliklinik Jalan Oya di sini untuk berhenti merokok sejak Januari 2011.
Angka ini merupakan satu kadar 12.5 peratus daripada perokok yang telah berjaya berhenti merokok dalam tempoh sekurang-kurangnya enam bulan.
Bercakap pada pelancaran kempen anti-merokok, Pegawai Perubatan Poliklinik Lanang Dr Andrew Edmund John mengingatkan perokok mengenai bahaya merokok.
“Merokok bukan sahaja menjejaskan kesihatan perokok terbabit, malah orang sekeliling mereka terutamanya orang yang disayangi, “ ujar beliau.
Katanya, perokok bukan sahaja membelanja dan menghabiskan wang saku mereka tetapi juga sedikit demi sedikit menghakis wang simpanan mereka.
Menurut Dr Andrew, merokok juga adalah punca wujudnya banyak penyakit pada hari ini justeru beliau mengingatkan perokok supaya berhenti merokok demi kesihatan mereka.
“Kita memuji usaha mereka yang berhenti merokok kerana tabiat tersebut bukanlah sesuatu yang mudah dilakukan,” katanya- utusan borneo

No comments: