Sepanjang 7 tahun admin merantau di negeri sarawak, kenangan yang tidak dapat dilupakan apabila berpeluang merasai ikan yang termahal di negeri burung kenyalang iaitu "ikan empurau"atau orang cina panggil nama ikan ini " wang pu liao".
Jangan terkejut jika harga ikan ini mencecah RM450 sekilo.
Nasib baik bapa mertua admin yang bekerja di kem kayu balak membawa balik ikan empurau untuk dihidang makan dengan cara masak stim, kalau nak merasa makan di restaurant, memang tidak mampu!
Ikan ini bukanlah sebarang ikan, ikan ini dianggap sebagai "raja ikan" di antara ikan-ikan yang terdapat di negeri sarawak.
Bagi dikalangan rakyat negeri sarawak, hidangan ikan ini hanyalah untuk hidangan untuk orang-orang kaya sahaja memandangkan harganya yang cukup mahal dan sukar diperolehi.Admin juga ada bertanya kepada beberapa taukey restaurant sekitar bandaraya sibu dan menurut mereka harga ikan ini yang siap dimasak kukus boleh mencecah Rm700 sekilo dan jika di sekitar kuala lumpur harganya boleh mencecah Rm1500 sekilo, apa macam?
Daerah Kapit cukup popular dengan ikan ini,ini adalah kerana kedudukannya di kawasan hulu Sungai Rejang merupakan habitat semulajadi bagi banyak ikan asli. Ikan ini tinggal di anak sungai yang deras, jernih dan berbatu di kawasan hulu sungai. Di Sarawak, ikan ini boleh dijumpai di hulu sungai-sungai utama seperti Rejang, Baram, Limbang dan Batang Ai. Di Rejang, terdapat tiga jenis ikan empurau yang dikenal pasti iaitu empurau burak, empurau merah dan empurau chelum.
Makanan semulajadi ikan empurau ialah tumbuh-tumbuhan seperti daun, buah-buahan dan bunga. Populasi ikan empurau adalah kecil. Akibat permintaan yang tinggi dan pencemaran alam sekitar, populasinya berkurangan dengan drastik dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Ikan empurau dapat mencapai berat lebih daripada 30 kg.Jika admin balik ke kampung halaman isteri admin,bapa mertua sering kali membawa balik ikan ini untuk dimakan bersama!Hmmmm tiba-tiba terkenang dengan kelembutan+manis+lemak isi ikan ini...
Monday, September 24, 2012
Ikan Empurau,Ikan termahal di Sarawak!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment