Buah Dabai...bagi rakan-rakan yang berada di semenanjung ,yang sememangnya tidak pernah mengenali buah dabai ini,penulis ingin bercerita sedikit perihal Buah dabai ini.
Untuk makluman anda,buah dabai ini hanya boleh dijumpai di negeri sarawak sahaja.Daerah kapit,song dan kanowit sememangnya daerah yang cukup dikenali sebagai pengeluar terbaik bagi buah-buah dabai ini!Seperti mana buah durian,buah dabai ini juga bermusim.Kebiasaanya buah ini hanya berbuah sekali dalam setahun.
Namun jangan terkejut jika buah ini berharga RM35 sekilo.Rasa buah ini boleh dikata kan lemak berkrim!Bagi yang mengunjungi negeri sarawak,tidak lengkap kedatangan anda jika tidak merasai buah dabai ini,buah yang amat popular dikalangan rakyat negeri kenyalang ini!
Dalam bahasa saintifik, buah ini dipanggil sebagai Canarium odontophyllum. Bagi yang tidak biasa, buahnya tidak boleh dimakan begitu sahaja. Sebaliknya, ada cara tertentu untuk membolehkan ia enak dimakan. Ketika buah dabai masih muda, ia kelihatan putih pada luarannya dan kemudian bertukar menjadi hitam apabila ia sudah masak. Isinya pula berwarna kuning. Bijinya pula berbentuk seperti bola ragbi tetapi bersegi tiga.
Bagaimana untuk menyediakan buah dabai? Ia mengikut kreativiti penggemar masing-masing. Namun, kebiasaannya buah dabai direndam terlebih dahulu dengan air panas sehingga buahnya menjadi lembut. Kemudian, air panas dibuang. Seterusnya, ia sudah sedia untuk dimakan dengan bertemankan kicap ataupun garam. Mengikut penggemarnya, buah dabai terasa lemak untuk dimakan. Ini yang menyebabkan ia amat sedap untuk dimakan bersama nasi yang masih panas-panas...
Saturday, September 22, 2012
Buah Dabai
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment