Photobucket

Wednesday, September 26, 2012

Panas,Gengster serang rumah lelaki hina islam!



KUALA LUMPUR 26 Sept. - Rumah keluarga lelaki yang didakwa menghina kesucian agama Islam dan Nabi Muhammad menerusi laman Facebook, diserang sekumpulan lelaki di Taman Klang Jaya, awal pagi ini.

Rumah P. Jayaratnam yang juga bapa kepada pemilik Facebook terbabit, J.Gopinath, 26, telah diserang sekitar jam 1.30 pagi tadi.

Tinjauan Utusan Malaysia sekitar jam 3 pagi tadi mendapati keseluruhan barangan di dalam rumah itu rosak teruk dengan semua barang dipecahkan serta diselerakkan.

Turut musnah adalah sebuah kereta jenis Perodua Gen2 serta rumah itu ditinggalkan dengan lampu dan kipas yang masih terbuka.

Malah usaha mendapatkan keluarga berkenaan juga gagal apabila rumah itu ditinggalkan selepas dipercayai mereka diselamatkan oleh orang ramai dan pihak berkuasa. - UTUSAN

P/s:Kerana pulut santan binasa , kerana fb,diri sengsara ! Itu lah balasan jika menghina kesucian agama orang lain tanpa memikirkan tindakkan yang dibuat bakal mencetuskan kemarahan orang.Dalam kebebasan kita mengeluarkan pandangan ,jangan sesuka hati menghina agama orang lain, belajarlah untuk menghormati pegangan dan agama orang .Bab-bab yang melibatkan soal agama adalah sesuatu isu yang sangat sensitif sekali dan tidak wajar dibincangkan secara terbuka lebih-lebih lagi di dalam facebook. Semoga menjadi iktibar kepada semua rakyat malaysia supaya lebih berhati-hati dalam mengeluarkan pandangan didalam facebook dimasa akan datang supaya isu yang hendak di post kan itu tidak akan menyusahkan diri sendiri nanti...

No comments: